Category Archives: KELUARGA

NUUR JEHAN SYAHNAZ & MOHD IMRAN HAZIQ BERNIKAH

KENINGAU – 21 April 2024 (12 Syawwal 1445H – Ahad) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Mohd Imran Haziq bin Mohamad Radzi, 29, dan pasangannya Nuur Jehan Syehnaz bin Abdur Rashad, 28, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Kasturee Vanue, Kg Bayangan, Keningau sekitar jam 9.22 pagi tadi. Akad nikah telah disempurnakan oleh Jurunikah Imam Haji Hamzah bin Baba dan disaksikan oleh Hasipin bin Arinen dan Ahadin bin Arinen. Momen yang bersejarah itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

MUHD IRFAN & FATIN NADIAH BERNIKAH

MELAKA – 19 April 2024 (10 Syawwal 1445H – Jumaat) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Muhd Irfan bin Shahrul Anuar, 29, dan pasangannya Fatin Nadiah binti Adenan, 25, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong, Melaka sekitar jam 9.36 pagi tadi. Selain keluarga pengantin perempuan, keluarga pengantin lelaki yang datang dari Sabah turut hadir menyaksikan momen indah dan bersejarah itu. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

MUHD IZHAR & ANIS QISTINA BERNIKAH

KUANTAN: 3 Febuari 2024 (22 Rehab 1445) bersamaan sabtu:

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Pasangan bertuah Mohd Izhar bin Shahrul Anuar dan Anis Qistina binti Mohamad Soffian sah menjadi suami isteri pada 2 Febuari 2024.

Majlis akad nikah disempurnakan di Rumah Kayu Retreat, Mahkota Golf Resort, Kuantan Pahang tepat jam 3.34 petang tadi. Akad nikah disempurnakan sendiri oleh wali yang juga merupakan ayah kandung kepada Anis Qistina di hadapan Ustaz Ahmad Muhsin bin Abdul Masjid, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Pahang.

Majlis bersejarah ini diserikan dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga kedua-dua pihak. Menariknya, jarak yang jauh dan dipisahkan dengan Laut china Selatan tidak menghalang keluarga besar Muhd Izhar dari Sabah untuk hadir menyaksikan majlis yang penuh bersejarah ini.

Read the rest of this entry

HAJI ARININ IBON MENINGGAL DUNIA

KENINGAU – Haji Arinin @ Asoi bin Ibon, 74, disahkan meninggal dunia pada 3 Jun 2022 (Jumaat) bersamaan 3 Zulkaedah 1444H yang lalu. Beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.30 petang di Hospital Daerah Keningau. Berita kematian almarhum disampaikan oleh anaknya, Hartono Asoi kepada ahli keluarga.

Jenazah almarhum dimandikan oleh anak-anaknya di Masjid Al Munawwarah, Kg Panagatan Ulu Keningau sekitar jam 8.00 pagi pada esoknya. Solat jenazah diimamkan oleh anaknya, Ahadin bin Arinen di masjid yang sama. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg Panagatan Ulu. Urusan pengkebumian selesai sekitar jam 12.00 tengahari.

Tahap kesihatan beliau sejak 5 tahun kebelakangan telah menurun ekoran kesakitan di bahagian punggung yang dialami. Namun kesakitan tersebut tidak menghalangnya untuk datang menunaikan solat di masjid.

Semasa hayatnya, beliau melazimkan diri untuk solat berjamaah di Masjid. Beliau adalah antara jamaah terawal tiba di masjid. Suara azan ala azan di Tanah Suci untuk solat subuh yang beliau kumandangkan akan dirindui. Membersihkan masjid dan sekitarnya termasuklah menyediakan sajadah pada hari jumaat sudah menjadi rutinnya.

HAJI MOHD SALIMI MARALIM DAN ISTERINYA MENINGGAL DUNIA SELANG 10 MINIT

PUTATAN – 3 Ogos 2023 (Khamis) – Berita sedih diterima sebentar tadi. Pasangan suami isteri Haji Mohd Salimi bin Maralim, 73 dan isterinya, Hajah Elyawati Binti Abdullah @ Mariah Immaculata, 66 disahkan meninggal dunia di Hospital Likas malam tadi. Almarhumah Hajah Mariah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 malam. Suaminya, Haji Salimi pula menghembuskan nafas terakhir jam 7.15 malam di hospital yang sama. Jarak kematian antara mereka hanya 10 minit.

Kepulangan ke rahmatullah kedua-dua pasangan ini sememangnya mengejutkan ahli keluarga, teman-teman dan semua pihak yang mengenali mereka. Ketika ini (11.35 malam), semakin ramai ahli keluarga dan rakan-rakan almarhum yang berada di kediaman mereka di Kg Pasir Putih Putatan bagi menunggu ketibaan kedua-dua jenazah dari Hospital. Difahamkan kedua-dua jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg Contoh Petagas esok. Semoga Allah menempatkan kedua-duanya pada sebaik-baik kedudukan di sisi Allah.

ADIB KELUAR HOSPITAL

KOTA KINABALU – 1 Jun 2023 (Isnin). Alhamdulillah. Ahmad Adib selesai menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth II. Beliau yang ditahan di Hospital berkenaan sejak ahad lepas kembali ke rumah jam 3.00 petang tadi. Atas nasihat doktor, Adib perlu berehat dan mengelak diri dari melakukan kerja-kerja berat dan aktiviti lasak bagi mencapai pemulihan segera akibat kecederaan di bahagian limpa.

DI SINI AYAH BERSEMADI

PETAGAS – Tanah Perkuburan Kg Contoh Petagas, Putatan. Di sinilah ayah bersemadi. Hj Adenan bin Hj Mohd Yusuf yang biasa dipanggil ayah di kalangan keluarga meninggal dunia pada 3 Mei 2023 lepas telah disemadikan di sini.

Pengkebumian bermula sebaik sesuai solat zohor. Urusan pengkebumian selesai sebelum jam 3.00 petang. Ia dihadiri ramai ahli keluarga dan sahabat handai ayah. Semoga Allah merahmati dan menempatkan ayah pada sebaik-baik kedudukan di sisi Allah.

Read the rest of this entry

HJ ADENAN BIN HJ MOHD YUSUF MENINGGAL DUNIA

PUTATAN – 3 Mei 2023 (Rabu) bersamaan 12 Syawwal 1444H. Ketentuan Allah telah tiba. Tepat jam 6.57 pagi, pada usia 85 tahun, Hj Adenan bin Hj Mohd Yusuf menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anaknya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Almarhum telah dimasukkan ke dalam Hospital Queen Elizabeth sejak 1 Mei 2023 yang lepas apabila keadaan kesihatannya semakin menurun.

Urusan pemandian jenazah disempurnakan di Masjid Negeri Sabah sekitar jam 9.45 pagi. Anak-anaknya, menantu dan ahli keluarga terdekat dengan bantuan petugas Masjid Negeri melaksanakan urusan pemandian tersebut.

Solat jenazah telah dilaksanakan sebanyak dua kali. Solat pertama dilaksanakan di masjid tersebut sekitar jam 10.45 pagi. Ianya dibuat awal memandangkan urusan pemandian telah disempurnakan lebih awal dan ramai ahli keluarga, teman-teman almarhum dan jemaah telah tiba. Ianya juga dilakukan atas cadangan ramai jamaah yang telah tiba sejak awal pagi. Dianggarkan lebih 100 jamaah yang melaksanakan solat tersebut.

Solat jenazah kedua pula dilaksanakan sebaik selesai solat zohor di masjid yang sama. Solat yang diimamkan oleh menantu almarhum, Ahadin bin Arinen itu dilaksanakan dengan kehadiran jamaah yang ramai. Dianggarkan lebih dari 500 jamaah melaksanakan solat tersebut.

Solat tersebut dihadiri ramai ahli keluarga dan sahabat handai almarhum. Ada yang datang dari Semenanjung dan dari daerah jauh seperti Sandakan, Keningau, Kota Belud, Tambunan dan daerah-daerah lain. SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji Bungsu @ Aziz bin Hj Jaafar, Datuk Haji Uda bin Sulai, Mantan Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Binti Tahir, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, YAA Datuk Ahmad Din bin OKK Othman, Hakim Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, YA Datuk Hajah Zaleha Pandin dan beberapa lagi orang kenamaan yang lain hadir bagi menunaikan solat tersebut.

Sahabat-sahabat almarhum yang juga merupakan tokoh-tokoh agamawan di Sabah seperti Ustaz Haji Muhammad Iyen Atim, Ustaz Haji Muchlish Ali Kassim, Ustaz Hadiq Ismail Malakalu adalah antara yang hadir bersama untuk menyempurnakan solat jenazah tersebut.

Turut hadir dan terlibat secara langsung dalam pengurusan pemandian dan pengkebumian adalah Tuan Haji Samin bin Ongki, CEO Pengurusan dan Kakitangan Kolej Yayasan Sabah, Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Jamil, Presiden Persatuan Peguam Syarie Negeri Sabah. Ahli-ahli Alumni Sekolah Agama Limau-Limauan seperti Ustaz Rapihi bin Derim @ Wasihim dan lainnya turut hadir.

Sebaik selesai solat, jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg Contoh Petagas. Urusan pengkebumian selesai lebih kurang jam 2.30 petang.

Keluarga almarhum mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memudahkan pengurusan jenazah bermula penghantaran jenazah, pemandian, solat dan pengkebumian. Ucapan terima kasih seterusnya kepada Ketua Kampung Contoh, Petagas, Tuan Haji Ismail bin Haji Ayub dan Pengurus Perkuburan, Tuan Azman bin Moyang kerana banyak membantu mempermudahkan urusan pengkebumian tersebut. Hanya kepada Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian semua.

AYAH DIBAWA KE HOSPITAL

KOTA KINABALU – 1 Mei 2023 (Isnin) bersamaan 10 Syawwal 1443H. Keadaan ayah (Hj Adenan bin Hj Mohd Yusuf), 85 ketika ini tidak stabil. Tahap kesihatannya sejak 3 minggu lepas tidak baik dan semakin menurun. Kadang sedar dan kadang tidak sedar.

Berdasarkan tahap kesihatannya yang tidak baik dan kadar tekanan darah yang rendah (69/49), ayah telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dengan ambulan. Turut berada di hospital adalah anak-anaknya. Ketika ini (jam 1.10 petang), ayah masih ditahan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut. Semoga ayah dikurniakan kesembuhan.

NORLEILA ASOI DAPAT BABY BARU

KENINGAU – 7 April 2023 (Jumaat) bersamaan 16 Ramadhan 1444H. Nikmat Allah mana lagi yang kamu dustakan?Alhamdulillah. Syukur setinggi-tinggi kepada Allah. Norleila Asoi melahirkan anak kedua sekitar jam 10.40 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke dalam wad bersalin di Hospital Daerah Keningau pada jam 7.00 pagi.Anak yang diberi nama Yusuf Cairo bin Mohd Iqbal itu lahir sempurna dengan timbangan berat 3.50 kilogram. Cukup mengujakan kerana kelahirannya tepat dalam bulan ramadhan yang dipenuhi keberkatan.

Anak yang diberi nama Yusuf Cairo bin Mohd Iqbal itu lahir sempurna dengan timbangan berat 3.50 kilogram. Cukup mengujakan kerana kelahirannya tepat dalam bulan ramadhan yang dipenuhi keberkatan.

Semoga kehadiran anak ini menambahkan lagi seri dalam keluarga. Sesuai dengan nama yang indah, semoga anak ini menjadi anak soleh yang banyak manfaatnya untuk ummah.