Category Archives: INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MUHD IRFAN & FATIN NADIAH BERNIKAH

MELAKA – 19 April 2024 (10 Syawwal 1445H – Jumaat) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Muhd Irfan bin Shahrul Anuar, 29, dan pasangannya Fatin Nadiah binti Adenan, 25, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong, Melaka sekitar jam 9.36 pagi tadi. Selain keluarga pengantin perempuan, keluarga pengantin lelaki yang datang dari Sabah turut hadir menyaksikan momen indah dan bersejarah itu. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

MUHD IZHAR & ANIS QISTINA BERNIKAH

KUANTAN: 3 Febuari 2024 (22 Rehab 1445) bersamaan sabtu:

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Pasangan bertuah Mohd Izhar bin Shahrul Anuar dan Anis Qistina binti Mohamad Soffian sah menjadi suami isteri pada 2 Febuari 2024.

Majlis akad nikah disempurnakan di Rumah Kayu Retreat, Mahkota Golf Resort, Kuantan Pahang tepat jam 3.34 petang tadi. Akad nikah disempurnakan sendiri oleh wali yang juga merupakan ayah kandung kepada Anis Qistina di hadapan Ustaz Ahmad Muhsin bin Abdul Masjid, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Pahang.

Majlis bersejarah ini diserikan dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga kedua-dua pihak. Menariknya, jarak yang jauh dan dipisahkan dengan Laut china Selatan tidak menghalang keluarga besar Muhd Izhar dari Sabah untuk hadir menyaksikan majlis yang penuh bersejarah ini.

Read the rest of this entry

SYAFIQAH ALYA DAFTAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU TUN ABDUL RAZAK (TAR)

KOTA SAMARAHAN – Tahniah kepada Syafiqah Alya binti Shahrul Anuar kerana berjaya diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Syafiqah Alya yang lebih dikenali dengan panggilan Shika di kalangan keluarga mendaftar diri sebagai pelajar di IPG Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAK) Kota Samarahan, Sarawak secara dalam talian pada 6 September 2021. Pengajian selama 4 tahun dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk Prasekolah, Taska, Tadika dan Sekolah Rendah itu bermula sepenuhnya secara dalam talian pada 5 November 2021. Setelah menamatkan pengajian, beliau akan ditempatkan di mana-mana sekolah sebagai tenaga pendidik di bawah KPM sesuai dengan bidang yang diambil.