Category Archives: PERKAHWINAN

NUUR JEHAN SYAHNAZ & MOHD IMRAN HAZIQ BERNIKAH

KENINGAU – 21 April 2024 (12 Syawwal 1445H – Ahad) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Mohd Imran Haziq bin Mohamad Radzi, 29, dan pasangannya Nuur Jehan Syehnaz bin Abdur Rashad, 28, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Kasturee Vanue, Kg Bayangan, Keningau sekitar jam 9.22 pagi tadi. Akad nikah telah disempurnakan oleh Jurunikah Imam Haji Hamzah bin Baba dan disaksikan oleh Hasipin bin Arinen dan Ahadin bin Arinen. Momen yang bersejarah itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

MUHD IRFAN & FATIN NADIAH BERNIKAH

MELAKA – 19 April 2024 (10 Syawwal 1445H – Jumaat) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Muhd Irfan bin Shahrul Anuar, 29, dan pasangannya Fatin Nadiah binti Adenan, 25, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong, Melaka sekitar jam 9.36 pagi tadi. Selain keluarga pengantin perempuan, keluarga pengantin lelaki yang datang dari Sabah turut hadir menyaksikan momen indah dan bersejarah itu. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

CHIKY JODOHNYA ATING

PETAGAS – 3 Syawal 1443H (24 April 2023). Chiky, sosok yang menjadi pilihan hidup sebagai suami kepada Ating. Pertemuan bersejarah mereka berlangsung di rumah kediaman keluarga Ating di Petagas sekitar jam 6.40 petang.

CHIKY berumur 5 tahun. Manakala Ating berumur 2 tahun. Semoga perkahwinan mereka ini dapat melahirkan zuriat yang comel, menghibur dan mebahagiakan semua orang.

Ating

NORLIELA MELAHIRKAN ANAK

KENINGAU – Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas segala nikmatnya. 30 Jun 2021 (Rabu) bersamaan 19 Zulkaedah 1442H menjadi tarikh bersejarah kepada pasangan Norliela binti Asoi @ Arinin dan Mohd Ikbal bin Zaini apabila mendapat anak pertama mereka. Norliela yang dimasukkan ke wad bersalin Hospital Daerah Keningau pada 29 Jun 2021 melahirkan seorang anak perempuan pada 7.04 pagi. Permata yang diberi nama Maryam binti Mohd Ikbal itu dilahirkan dalam keadaan sihat dengan berat 2.985 kg. Ketika tulisan ini dibuat (4 Julai 2021), Norliela dan Maryam masih lagi ditahan di hospital berkenaan bagi memastikan keadaan kesihatan mereka benar-benar stabil. Semoga pasangan ini bertambah bahagia dengan hadirnya permata pertama mereka. Tiada yang lebih diharapkan oleh ibu dan ayah melainkan mengharapkan agar anak ini menjadi anak yang solehah dan menjadi penghafaz al Quran suatu masa nanti.

NORLIELA & MOHD IKBAL BERNIKAH

KENINGAU (18 September 2020) – 30 Muharram 1442H – Jumaat – Dengan sekali lafaz, Norliela binti Asoi dan Pasangan istimewanya Mohd Ikbal bin Mohd Zaini sah menjadi suami isteri hari ini.

Pernikahan tetsebut dilangsungkan tepat jam 10.29 pagi di rumah kediaman ibubapa pengantin perempuan di Kg Panagatan Ulu, Keningau.

Pasangan ini diakadnikahkan oleh Imam Haji Hamzah bin Baba. Norliela berwalikan bapa kandungnya, Haji Arinin @Asoi bin Ibun.

Turut hadir adalah keluarga terdekat kedua-dua pihak. Menariknya, majlis perkahwinan tersebut turut dihadiri oleh 4 orang calon Pilihan raya Negeri (PRN) dari pelbagai Parti bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid pada sebelah petang.

Selamat pengantin baru kepada pasangan bertuah ini. Semoga dikurniakan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan di akhirat.

ANAK MERDEKA SAIFUDDIN & SHELLA

wp-1598937097054.jpg

KENINGAU – Kegembiraan berganda buat pasangan bertuah Saifuddin bin Jeffrin, 27 dan isterinya Shella binti Jacob, 29 apabila mereka mendapat cahaya mata pertama pada 31 Ogos 2020.

Menurut Saifuddin, isterinya dimasukkan ke dalam wad bersalin Hospital Besar Daerah Keningau sekitar jam 3.00 pagi pada 30 Ogos 2020.

Menurut Saifuddin lagi, isterinya melahirkan anak perempuan dengan berat 3.6 kilogram melalui pembedahan pada jam 2.00 petang. Tarikh ini bertepatan pada hari di mana seluruh penduduk negara ini menyambut hari kemerdekaan.

Tentunya pasangan bertuah yang bernikah pada 7 Disember 2019 di Kg Pamalan Keningau ini tidak akan melupakan tarikh bersejarah ini. Semoga anak ini menjadi anak yang diberi nama Nur Anella Aisya menjadi anak yang solehah.

wp-1599656297463.jpg

MAJLIS RESEPSI DILLA

 

IMG_20200202_114139.jpg

PUTRAJAYA – Alhamdulillah. Majlis Resepsi pengantin Baru Nur Fardilla Binti Dzulkifli dan pasanganya Mohd Nadiz bin Zaidi berlangsung di Dewan Ambassador Putrajaya pada 02 Febuari 2020. Majlis ini dihadiri keluarga dari pengantin lelaki dan wanita. Termasuk yang hadir adalah rakan-rakan seperjuangan bapa kepada pengantin perempuan (Bang Long). Ucapan alu-aluan dari keluarga pengantin perempuan telah disampaikan oleh Ahadin bin Arinen. 

IMG_20200202_182929.jpg

IMG-20200202-WA0023.jpg

IMG_20200202_182641.jpg

IMG-20200202-WA0018.jpg

IMG-20200202-WA0021.jpg

IMG-20200202-WA0022.jpg

IMG_20200202_112929.jpg IMG_20200202_184714.jpg

IMG-20200202-WA0028.jpg

IMG-20200212-WA0101.jpg

IMG-20200212-WA0100.jpg

IMG-20200212-WA0099.jpg

NUR FARDILLA DZULKIFLI BERNIKAH

IMG-20200201-WA0037.jpg

PUTRAJAYA – Nur Fardilla Binti Dzulkifli dan pasanganya Mohd Nadiz bin Zaidi sah menjadi suami isteri hari ini (01 Febuari 2020).

Majlis akad nikah dilaksanakan di Cyberjaya pada jam 11.00 pagi dengan kehadiran kedua ayah dan ibu beliau serta keluarga dari kedua-dua pihak. Ayah kandung Dilla menjadi wali sekaligus mengakad nikah pasangan tersebut.

IMG-20200201-WA0066.jpg

IMG-20200201-WA0036.jpg

Majlis Resepsi pula diadakan di Dewan Ambassador pada keesokan harinya.

Nur Fardilla yang lebih dikenali dengan panggilan Dilla di kalangan keluarga merupakan anak bungsu dari tiga orang adik-beradik.

Semoga pasangan bertuah ini dikurniakan kebahagiaan di dunia hingga ke akhirat.