Category Archives: KG PANAGATAN ULU KENINGAU

NUUR JEHAN SYAHNAZ & MOHD IMRAN HAZIQ BERNIKAH

KENINGAU – 21 April 2024 (12 Syawwal 1445H – Ahad) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Mohd Imran Haziq bin Mohamad Radzi, 29, dan pasangannya Nuur Jehan Syehnaz bin Abdur Rashad, 28, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Kasturee Vanue, Kg Bayangan, Keningau sekitar jam 9.22 pagi tadi. Akad nikah telah disempurnakan oleh Jurunikah Imam Haji Hamzah bin Baba dan disaksikan oleh Hasipin bin Arinen dan Ahadin bin Arinen. Momen yang bersejarah itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

HAJI ARININ IBON MENINGGAL DUNIA

KENINGAU – Haji Arinin @ Asoi bin Ibon, 74, disahkan meninggal dunia pada 3 Jun 2022 (Jumaat) bersamaan 3 Zulkaedah 1444H yang lalu. Beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.30 petang di Hospital Daerah Keningau. Berita kematian almarhum disampaikan oleh anaknya, Hartono Asoi kepada ahli keluarga.

Jenazah almarhum dimandikan oleh anak-anaknya di Masjid Al Munawwarah, Kg Panagatan Ulu Keningau sekitar jam 8.00 pagi pada esoknya. Solat jenazah diimamkan oleh anaknya, Ahadin bin Arinen di masjid yang sama. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg Panagatan Ulu. Urusan pengkebumian selesai sekitar jam 12.00 tengahari.

Tahap kesihatan beliau sejak 5 tahun kebelakangan telah menurun ekoran kesakitan di bahagian punggung yang dialami. Namun kesakitan tersebut tidak menghalangnya untuk datang menunaikan solat di masjid.

Semasa hayatnya, beliau melazimkan diri untuk solat berjamaah di Masjid. Beliau adalah antara jamaah terawal tiba di masjid. Suara azan ala azan di Tanah Suci untuk solat subuh yang beliau kumandangkan akan dirindui. Membersihkan masjid dan sekitarnya termasuklah menyediakan sajadah pada hari jumaat sudah menjadi rutinnya.

NORLIELA & MOHD IKBAL BERNIKAH

KENINGAU (18 September 2020) – 30 Muharram 1442H – Jumaat – Dengan sekali lafaz, Norliela binti Asoi dan Pasangan istimewanya Mohd Ikbal bin Mohd Zaini sah menjadi suami isteri hari ini.

Pernikahan tetsebut dilangsungkan tepat jam 10.29 pagi di rumah kediaman ibubapa pengantin perempuan di Kg Panagatan Ulu, Keningau.

Pasangan ini diakadnikahkan oleh Imam Haji Hamzah bin Baba. Norliela berwalikan bapa kandungnya, Haji Arinin @Asoi bin Ibun.

Turut hadir adalah keluarga terdekat kedua-dua pihak. Menariknya, majlis perkahwinan tersebut turut dihadiri oleh 4 orang calon Pilihan raya Negeri (PRN) dari pelbagai Parti bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid pada sebelah petang.

Selamat pengantin baru kepada pasangan bertuah ini. Semoga dikurniakan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan di akhirat.

ZURIAT KE 4 UYIE & RINA

IMG-20191213-WA0013.jpg

KENINGAU – 13 Disember 2019 bersamaan hari jumaat merupakan satu tarikh penting dan bersejarah bagi pasangan suami isteri bertuah Hastonoh bin Asoi dan Ernawati binti Rusinin. Tepat jam 5.22 pagi, pasangan ini mendapat zuriat perempuan seberat 2.88 kilogram. Ernawati yang kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Meninipir, Keningau melahirkan anak tersebut di Hospital Daerah Keningau.

Anak yang diberi nama Hani Queensha itu merupakan anak keempat pasangan bertuah ini. Hastonoh dan Ernawati bernikah pada 18 Disember 2009 dan kini dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Erakita mendoakan agar anak ini menjadi penghafaz al Quran satu masa nanti. Semoga pasangan ini bahagia dan berjaya bersama anak-anak dari dunia dan di akhirat.

IMG-20191213-WA0012.jpg

IMG-20191213-WA0015.jpg