Category Archives: PENDIDIKAN

NUUR JEHAN SYAHNAZ & MOHD IMRAN HAZIQ BERNIKAH

KENINGAU – 21 April 2024 (12 Syawwal 1445H – Ahad) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Mohd Imran Haziq bin Mohamad Radzi, 29, dan pasangannya Nuur Jehan Syehnaz bin Abdur Rashad, 28, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Kasturee Vanue, Kg Bayangan, Keningau sekitar jam 9.22 pagi tadi. Akad nikah telah disempurnakan oleh Jurunikah Imam Haji Hamzah bin Baba dan disaksikan oleh Hasipin bin Arinen dan Ahadin bin Arinen. Momen yang bersejarah itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

MUHD IRFAN & FATIN NADIAH BERNIKAH

MELAKA – 19 April 2024 (10 Syawwal 1445H – Jumaat) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Muhd Irfan bin Shahrul Anuar, 29, dan pasangannya Fatin Nadiah binti Adenan, 25, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong, Melaka sekitar jam 9.36 pagi tadi. Selain keluarga pengantin perempuan, keluarga pengantin lelaki yang datang dari Sabah turut hadir menyaksikan momen indah dan bersejarah itu. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

NORLIELA MELAHIRKAN ANAK

KENINGAU – Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas segala nikmatnya. 30 Jun 2021 (Rabu) bersamaan 19 Zulkaedah 1442H menjadi tarikh bersejarah kepada pasangan Norliela binti Asoi @ Arinin dan Mohd Ikbal bin Zaini apabila mendapat anak pertama mereka. Norliela yang dimasukkan ke wad bersalin Hospital Daerah Keningau pada 29 Jun 2021 melahirkan seorang anak perempuan pada 7.04 pagi. Permata yang diberi nama Maryam binti Mohd Ikbal itu dilahirkan dalam keadaan sihat dengan berat 2.985 kg. Ketika tulisan ini dibuat (4 Julai 2021), Norliela dan Maryam masih lagi ditahan di hospital berkenaan bagi memastikan keadaan kesihatan mereka benar-benar stabil. Semoga pasangan ini bertambah bahagia dengan hadirnya permata pertama mereka. Tiada yang lebih diharapkan oleh ibu dan ayah melainkan mengharapkan agar anak ini menjadi anak yang solehah dan menjadi penghafaz al Quran suatu masa nanti.

MUHAMMAD BIN IMRAN HAFAZ AL QURAN

IMG_20200314_083126.jpg

TAWAU – Alhamdulillah. Setelah mengharungi pengajian tahfiz al Quran di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Bombalai Tawau sejak awal tahun 2015, akhirnya Muhammad bin Imran berjaya mengkhatam hafazan 30 juzuk al Quran. Majlis khatam tersebut diadakan pada 13 Mac 2020 (12 Rejab 1441H) di Surau Maahad tersebut selepas menunaikan solat maghrib berjamaah.

Majlis khatam al Quran tersebut turut menyaksikan 2 lagi pelajar lain di Maahad tersebut menamatkan hafazan al Quran. Mereka adalah Mohd Shahnazlie bin Mustamin dan Mohd Zakir bin Usman.

Paling mengharukan apabila ibu kandung beliau bersama ahli keluarga dari Sandakan hadir bersama. Datuk beliau, Haji Ibrahim bin Harun, seorang guru al Quran dan pembimbing Haji di Sandakan begitu teruja dengan kejayaan cucunya menamatkan hafazan al Quran di Maahad ini. Bapa kandung Muhammad telah meninggal dunia beberapa tahun yang lampau.

Wakil ibubapa yang hadir turut diberi peluang oleh Mudir Maahad Tahfiz berkenaan, Abi Fatih untuk memberikan ucapan dalam majlis tersebut.

Muhammad dijangka akan melanjutkan pengajian selama setahun dalam bidang al Quran di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Kajang, Selangor pada bulan Julai 2020. Tempoh setahun itu adalah sebagai persediaan para pelajar yang telah menamatkan hafazan al Quran untuk melanjurkan pengajian dalam bidang yang sama di Turkey nanti.

Pengajian tahfiz wal qiraat di Turkey lazimnya memakan masa selama 3 hingga 4 tahun. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada keluarga dan masyarakat Islam di Sabah untuk mengikuti langkah yang sama.

IMG_20200313_194955.jpg

IMG_20200314_082517.jpg

IMG_20200327_114342.jpg

IMG_20200327_114303.jpg

IMG_20200313_195446.jpg

IMG_20200313_191707.jpg

IMG_20200327_114439.jpg

 

SEGULUNG IJAZAH BUAT WARDAH

IMG-20200223-WA0029.jpg

SHAH ALAM (23 Febuari 2020) – Tahniah kepada Umi Wardah binti Shahrul Anuar, 27 tahun. Berkat semangat dan usaha gigih, akhirnya Umi Wardah yang lebih dikenali sebagai Kakak di kalangan keluarganya mendapat Sarjana Muda dalam Fashion Design and Marketing.

Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) tersebut berlangsung di Dewan Censelor MSU, Shah Alam, Selangor pada 23 Febuari 2020.

Tambah manis apabila kegembiraan memperoleh segulung ijazah tersebut dikongsi bersama kedua ibubapa dan ahli keluarga beliau yang hadir di majlis gilang gemilang itu.

Tahniah untuk Wardah. Tahniah juga kepada kedua ibubapa beliau yang sentiasa memberi sokongan dan komitment padu kepada anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka.

IMG-20200223-WA0023.jpg

IMG-20200223-WA0028.jpg

IMG_20200327_113153.jpg

IMG_20200327_113257.jpg

IMG_20200327_113403.jpg

ZURIAT KE 4 UYIE & RINA

IMG-20191213-WA0013.jpg

KENINGAU – 13 Disember 2019 bersamaan hari jumaat merupakan satu tarikh penting dan bersejarah bagi pasangan suami isteri bertuah Hastonoh bin Asoi dan Ernawati binti Rusinin. Tepat jam 5.22 pagi, pasangan ini mendapat zuriat perempuan seberat 2.88 kilogram. Ernawati yang kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Meninipir, Keningau melahirkan anak tersebut di Hospital Daerah Keningau.

Anak yang diberi nama Hani Queensha itu merupakan anak keempat pasangan bertuah ini. Hastonoh dan Ernawati bernikah pada 18 Disember 2009 dan kini dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Erakita mendoakan agar anak ini menjadi penghafaz al Quran satu masa nanti. Semoga pasangan ini bahagia dan berjaya bersama anak-anak dari dunia dan di akhirat.

IMG-20191213-WA0012.jpg

IMG-20191213-WA0015.jpg

 

 

AYUNI KE JORDAN

IMG_20190906_125047.jpg

PUTRAJAYA – Impian untuk melanjutkan pelajaran di luar negara khususnya di bumi anbiya akhirnya tercapai. Nurul Ayuni binti Ahadin berlepas dari KLIA 1 sekitar jam 2.00 pagi pada 06 September 2019 (jumaat) ke Amman Jordan bersama-sama 35 lagi pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kesemua pelajar telah diraikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mazlee Malik dan pegawai-pegawai kanan Kementerian berkenaan di kediaman rasminya di Putrajaya pada petang khamis, 05 September 2019. Turut hadir adalah ibubapa kepada pelajar-pelajar.

Dr Mazlee Malik yang juga lepasan graduan dari Jordan telah memberikan amanat penting dan motivasi kepada para pelajar agar mengambil peluang menimba ilmu di negara berkenaan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Beberapa tips sebagai pembakar semangat dan inspirasi kepada para pelajar turut dikongsikan oleh menteri berkenaan.

Nurul Ayuni dan 9 lagi pelajar lain lepasan Diploma Tahfiz wal Qiraat telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam  bidang Tahfiz al Quran wal Qiraat di peringkat sarjana muda di World Islamic Science and Education (WISE) University, Amman Jordan.

10 pelajar berkenaan mendapat tajaan penuh pengajian sepanjang 4 tahun dan akan menyambung semula pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) di Bangi bagi mendapatkan Diploma Pendidikan sebelum ditempatkan sebagai tenaga pengajar dalam bidang Tahfiz al Quran di sekolah-sekolah terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

26 pelajar lain yang turut mendapat tajaan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM di samping mencapai keputusan terbaik dalam bahasa Arab. Mereka ditempatkan di Yarmouk University, Jordan dalam Pengajian Bahasa Arab.

Penghantaran pelajar-pelajar terpilih Jordan ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan lebih ramai tenaga pendidik yang berkelayakan dan berkemahiran dalam pendidikan Islam di sekolah-sekolah di seluruh negara bagi memenuhi aspirasi negara bagi menaikkan kualiti pendidikan kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

IMG_20190905_215625.jpg

IMG_20190905_221401.jpg

KONVOKESYEN AYUNI

IMG_20190826_005541.jpg

KUALA KUBU – Usaha adalah tangga kejayaan. Untuk mencapai kejayaan, seseorang itu perlu kesabaran, ketekunan dan kegigihan. Setelah 3 tahun di Darul Quran, Kuala Kubu, Selangor, Nurul Ayuni binti Ahadin akhirnya menamatkan pengajiannya di Darul Quran.

Penat lelah selama 3 tahun berakhir dengan kepuasan dan kesyukuran tak terhingga kepada Allah apabila beliau akhirnya menerima Diploma Tahfiz Al Quran dan Qiraat dalam Majlis Konvokesyen Darul Quran pada 23 Julai 2019.

Turut hadir dalam majlis bersejarah itu adalah kedua ibubapa beliau. Semoga kejayaan ini menjadi perintis kepada kejayaan dalam pelbagai bidang selepas ini. Sematkan al Quran di dada dan jadikannya bacaan sepanjang kehidupan. Amal dan sebarkan kepada manusia agar al Quran itu terus mekar dalam hidup.

SEGULUNG DIPLOMA MUHD IRFAN

 

 

IMG-20190803-WA0090.jpg

PUTRAJAYA – Tahniah untuk Muhd Irfan bin Shahrul Anuar atau lebih dikenali di kalangan keluarga sebagai Angah kerana mendapat berjaya mendapat Diploma Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan). Majlis panyampaian Diploma oleh Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan tersebut  diadakan di Pusat Konyensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya pada 16 Julai 2019 yang lalu. Majlis gilang gemilang itu diserikan dengan kehadiran ahli keluarga para penerima. Semoga kejayaan berprestij ini menjadi pendorong untuk terus maju ke hadapan. Tahniah kepada kedua ibubapa beliau yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada anak-anaknya untuk meneruskan kejayaan dalam bidang pendidikan.

IMG-20190716-WA0031.jpg

IMG-20190803-WA0089.jpg

IMG-20190803-WA0093.jpg

IMG-20190803-WA0094.jpg

IMG-20190716-WA0030.jpg

SELAMAT BERSARA CIKGU DZULKIFLI HAJI AHMAD (ABANG LONG)

IMG-20180728-WA0017

Tarikh 27 Julai 2018 bersamaan hari jumaat merupakan detik bersejarah penuh syahdu bagi Dzulkifli bin Ahmad. Beliau lebih dikenali di kalangan keluarganya sebagai Abang Long. Tarikh ini amat bermakna dalam hidup Abang Long kerana beliau secara rasminya menamatkan perkhidmatan beliau dalam sector perkhidmatan awam sebagai guru di Sekolah Menangah Kebangsaan Tansau, Putatan Sabah. Sebagai guru yang dihormati dan disayangi oleh para guru dan murid-murid, persaraan beliau diraikan dalam sebuah majlis khas oleh sekolah berkenaan. Sejak sekolah ini mula beroperasi pada 17 Januari 2000, inilah kali pertama sekolah ini meraikan persaraan gurunya.

Abang Long dilahirkan di Lahad Datu pada 27 Julai 1958. Beliau merupakan anak pertama dari empat adik beradik yang terdiri dari Dzulkifli Haji Ahmad, Norsidy bin Haji Ahmad, Zainun binti Haji Ahmad dan Zaitun binti Haji Ahmad. Hasil pernikahan dengan isterinya, Hajijah binti Haji Ra’ee yang berasal dari Sarawak, beliau dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Mohd Firdaus, Mohd Fahmi dan Nur Fardilla. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Karamunting dan Sekolah Rendah Kebangsaan Sembulan, Kota Kinabalu. Seterusnya, di peringkat menengah pula, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir Papar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, Kota Kinabalu. Pada tahun 1977, Abang Long melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UTM) yang kini dikenali sebagai UiTM Shah Alam dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Halus. Seterusnya pada tahun 1997, beliau mengikuti pengajian di universiti yang sama dan mendapat Diploma Pendidikan Seni pada tahun 1998.

Dari segi pengalaman kerja, Abang Long memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran dan kesenian sebagai Pereka Set Televisyen RTM Sabah tujuh tahun dari tahun 1981 sehingga 1988. Pada tahun, 1988, beliau berhijrah ke Negara Brunei Darussalam dan berkhidmat sebagai Pereka Set Kanan Radio Televisyen Brunei (RTB). Kerjaya dalam bidang penyiaran akhirnya ditinggalkan apabila beliau kembali ke Bumi di Bawah Bayu. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam dalam bidang pendidikan apabila mula bertugas sebagai guru pendidikan seni di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad Keningau pada 1999. Tidak lama kemudian, dalam tahun yang sama, beliau berpindah ke Sarawak dan bertugas sebagai guru pendidikan seni di Sekolah menengah Kebangsaan Sematan, Lundu Kuching sehingga tahun 2001. Selepas itu, beliau bertugas pula di sekolah baru selama 11 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi, Kuching dari tahun 2001 sehingga 2012.

Pada tahun 2012, Abang Long nekad untuk pindah ke negeri kelahirannya, Sabah. Beliau mula bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Putatan pada tahun yang sama sehinggalah persaraannya pada 27 Julai 2018. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 2 kali iaitu tahun 2007 dan tahun 2016. Beliau berpengalaman sebagai Pemeriksa Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) JU PSV Kerajaan Negeri Sarawak, Pelukis Grafik Lembaga Peperiksaan dan juga terlibat dalam penyediaan “Bank Soalan” Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2002 sehinggalah 2005.

Minat yang mendalam dalam seni lukisan dalam diri tidak sia-sia apabila hasil sentuhan tangannya mendapat pengiktirafan di Muzium Negeri Sabah. Hasil lukisannya merupakan salah satu dari beberapa lukisan yang diambil dan dipamerkan dalam Muzium berkenaan. Salah seorang anaknya, Nur Fardilla turut mewarisi minat dan kemahiran seni lukis yang dimiliki Abang Long.

Bagi Abang Long, majlis persaraan yang diadakan oleh sekolah ini tidak akan dapat dilupakan. Beliau merasa begitu terharu dan amat terhutang budi dengan segala kerjasama serta persahabatan dan setia kawan di kalangan guru-guru sekolah berkenaan. Beliau amat berterima kasih dan menghargai penganjuran majlis yang diberikan berkenaan oleh warga sekolah khususnya kepada Pengetua Cemerlang SMK Tansau, Puan Hajah Siti Salmiah Haji Samaie. Selamat Bersara Abang Long. Jasamu tetap dikenang. Gambar-gambar di bawah adalah sekitar majlis persaraan tersebut.

IMG-20180726-WA0026

IMG-20180728-WA0058

IMG-20180727-WA0045

IMG-20180727-WA0046

IMG-20180728-WA0014

IMG-20180728-WA0018

IMG-20180728-WA0036

IMG-20180728-WA0020

IMG-20180728-WA0019

IMG-20180728-WA0030

IMG-20180728-WA0037