EJA & ESMAEL KEMBALI KE JOHOR

KOTA BELUD – Setelah 13 tahun hidup di Negeri di Bawah Bayu, akhirnya Abdul Mutalib @ Esmael bin Haji Aris kembali ke negeri kelahirannya, Johor Darul Takzim pada 9 Ogos 2021 bersamaan 30 Zulhijjah 1442H. Beliau yang mendirikan rumahtangga dengan Elzahwati binti Hj Mohd Elham (Eja) pada 25 September 2009 di Kota Belud dikurniakan seramai 6 orang anak. Keberangkatan beliau bersama isteri dan anak-anak diiringi oleh Shahrul Anuar bin Hj Itam (Bang Mail) dan Khadijah (Kak Dijah) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berlepas sekitar jam 4.00 petang. Sepanjang berada di Sabah, beliau bertugas di dua buah daerah iaitu Lahad Datu dan Kota Belud. Tentunya pengalaman bertugas sebagai guru di empat buah sekolah sepanjang berada di Sabah akan menjadi kenangan terindah yang tidak mudah dilupakan. Sebagai imbasan dan kenang-kenangan, erakita memaparkan link hantaran dalam BLOG ERAKITA sekitar majlis perkahwinan pasangan bertuah ini pada tahun 2009. https://erakita.wordpress.com/2009/10/02/selamat-pengantin-baru-eja-ismael/

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 14 Ogos 2021, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen