Category Archives: MAAHAD TAHFIZ

NUUR JEHAN SYAHNAZ & MOHD IMRAN HAZIQ BERNIKAH

KENINGAU – 21 April 2024 (12 Syawwal 1445H – Ahad) – Dengan sekali lafaz, pasangan sedondon Mohd Imran Haziq bin Mohamad Radzi, 29, dan pasangannya Nuur Jehan Syehnaz bin Abdur Rashad, 28, sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Kasturee Vanue, Kg Bayangan, Keningau sekitar jam 9.22 pagi tadi. Akad nikah telah disempurnakan oleh Jurunikah Imam Haji Hamzah bin Baba dan disaksikan oleh Hasipin bin Arinen dan Ahadin bin Arinen. Momen yang bersejarah itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.

NURUL AYUNI KE MESIR

AMMAN JORDAN – Nurul Ayuni binti Ahadin dan rakannya, Siti Hajar binti Rusli berlepas dari Queen Alia International Airport, Amman Jordan ke Mesir pada 6 September 2021. Selama 7 hari berada di bumi Mesir, pelbagai tempat menarik dan bersejarah telah dikunjungi. Sahabat-sahabat yang sedang belajar di bumi bersejarah itu banyak membantu memudahkan perjalanan, penginapan dan pelbagai urusan sepanjang berada di sana. Selain melihat sendiri keindahan dan kehebatan binaan bangunan piramid berusia ribuan tahun, muzium dan pelbagai lagi lokasi pelancungan, mereka juga berkesempatan melawat Pusat Pengajian al Quran Wal Qiraat di Shoubra bagi kedua-dua cabang lelaki dan perempuan. Bertemu dengan rakan-rakan sejak dari sekolah rendah dan menengah serta di Darul Quran, Kuala Kubu Selangor dahulu di bumi bertuah itu sangat mengujakan. Pelbagai pengalaman dan ilmu baru dapat dikongsi bersama. Antara tempat menarik yang tidak akan dilupakan adalah ketika memasuki deretan kedai menjual buku agama dan ilmiah yang banyak dengan tawaran harga yang jauh lebih rendah berbanding tempat-tempat lain.

NORLIELA MELAHIRKAN ANAK

KENINGAU – Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas segala nikmatnya. 30 Jun 2021 (Rabu) bersamaan 19 Zulkaedah 1442H menjadi tarikh bersejarah kepada pasangan Norliela binti Asoi @ Arinin dan Mohd Ikbal bin Zaini apabila mendapat anak pertama mereka. Norliela yang dimasukkan ke wad bersalin Hospital Daerah Keningau pada 29 Jun 2021 melahirkan seorang anak perempuan pada 7.04 pagi. Permata yang diberi nama Maryam binti Mohd Ikbal itu dilahirkan dalam keadaan sihat dengan berat 2.985 kg. Ketika tulisan ini dibuat (4 Julai 2021), Norliela dan Maryam masih lagi ditahan di hospital berkenaan bagi memastikan keadaan kesihatan mereka benar-benar stabil. Semoga pasangan ini bertambah bahagia dengan hadirnya permata pertama mereka. Tiada yang lebih diharapkan oleh ibu dan ayah melainkan mengharapkan agar anak ini menjadi anak yang solehah dan menjadi penghafaz al Quran suatu masa nanti.

MUHAMMAD BIN IMRAN HAFAZ AL QURAN

IMG_20200314_083126.jpg

TAWAU – Alhamdulillah. Setelah mengharungi pengajian tahfiz al Quran di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Bombalai Tawau sejak awal tahun 2015, akhirnya Muhammad bin Imran berjaya mengkhatam hafazan 30 juzuk al Quran. Majlis khatam tersebut diadakan pada 13 Mac 2020 (12 Rejab 1441H) di Surau Maahad tersebut selepas menunaikan solat maghrib berjamaah.

Majlis khatam al Quran tersebut turut menyaksikan 2 lagi pelajar lain di Maahad tersebut menamatkan hafazan al Quran. Mereka adalah Mohd Shahnazlie bin Mustamin dan Mohd Zakir bin Usman.

Paling mengharukan apabila ibu kandung beliau bersama ahli keluarga dari Sandakan hadir bersama. Datuk beliau, Haji Ibrahim bin Harun, seorang guru al Quran dan pembimbing Haji di Sandakan begitu teruja dengan kejayaan cucunya menamatkan hafazan al Quran di Maahad ini. Bapa kandung Muhammad telah meninggal dunia beberapa tahun yang lampau.

Wakil ibubapa yang hadir turut diberi peluang oleh Mudir Maahad Tahfiz berkenaan, Abi Fatih untuk memberikan ucapan dalam majlis tersebut.

Muhammad dijangka akan melanjutkan pengajian selama setahun dalam bidang al Quran di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Kajang, Selangor pada bulan Julai 2020. Tempoh setahun itu adalah sebagai persediaan para pelajar yang telah menamatkan hafazan al Quran untuk melanjurkan pengajian dalam bidang yang sama di Turkey nanti.

Pengajian tahfiz wal qiraat di Turkey lazimnya memakan masa selama 3 hingga 4 tahun. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada keluarga dan masyarakat Islam di Sabah untuk mengikuti langkah yang sama.

IMG_20200313_194955.jpg

IMG_20200314_082517.jpg

IMG_20200327_114342.jpg

IMG_20200327_114303.jpg

IMG_20200313_195446.jpg

IMG_20200313_191707.jpg

IMG_20200327_114439.jpg

 

ZURIAT KE 4 UYIE & RINA

IMG-20191213-WA0013.jpg

KENINGAU – 13 Disember 2019 bersamaan hari jumaat merupakan satu tarikh penting dan bersejarah bagi pasangan suami isteri bertuah Hastonoh bin Asoi dan Ernawati binti Rusinin. Tepat jam 5.22 pagi, pasangan ini mendapat zuriat perempuan seberat 2.88 kilogram. Ernawati yang kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Meninipir, Keningau melahirkan anak tersebut di Hospital Daerah Keningau.

Anak yang diberi nama Hani Queensha itu merupakan anak keempat pasangan bertuah ini. Hastonoh dan Ernawati bernikah pada 18 Disember 2009 dan kini dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Erakita mendoakan agar anak ini menjadi penghafaz al Quran satu masa nanti. Semoga pasangan ini bahagia dan berjaya bersama anak-anak dari dunia dan di akhirat.

IMG-20191213-WA0012.jpg

IMG-20191213-WA0015.jpg

 

 

AYUNI KE JORDAN

IMG_20190906_125047.jpg

PUTRAJAYA – Impian untuk melanjutkan pelajaran di luar negara khususnya di bumi anbiya akhirnya tercapai. Nurul Ayuni binti Ahadin berlepas dari KLIA 1 sekitar jam 2.00 pagi pada 06 September 2019 (jumaat) ke Amman Jordan bersama-sama 35 lagi pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kesemua pelajar telah diraikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mazlee Malik dan pegawai-pegawai kanan Kementerian berkenaan di kediaman rasminya di Putrajaya pada petang khamis, 05 September 2019. Turut hadir adalah ibubapa kepada pelajar-pelajar.

Dr Mazlee Malik yang juga lepasan graduan dari Jordan telah memberikan amanat penting dan motivasi kepada para pelajar agar mengambil peluang menimba ilmu di negara berkenaan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Beberapa tips sebagai pembakar semangat dan inspirasi kepada para pelajar turut dikongsikan oleh menteri berkenaan.

Nurul Ayuni dan 9 lagi pelajar lain lepasan Diploma Tahfiz wal Qiraat telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam  bidang Tahfiz al Quran wal Qiraat di peringkat sarjana muda di World Islamic Science and Education (WISE) University, Amman Jordan.

10 pelajar berkenaan mendapat tajaan penuh pengajian sepanjang 4 tahun dan akan menyambung semula pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) di Bangi bagi mendapatkan Diploma Pendidikan sebelum ditempatkan sebagai tenaga pengajar dalam bidang Tahfiz al Quran di sekolah-sekolah terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

26 pelajar lain yang turut mendapat tajaan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM di samping mencapai keputusan terbaik dalam bahasa Arab. Mereka ditempatkan di Yarmouk University, Jordan dalam Pengajian Bahasa Arab.

Penghantaran pelajar-pelajar terpilih Jordan ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan lebih ramai tenaga pendidik yang berkelayakan dan berkemahiran dalam pendidikan Islam di sekolah-sekolah di seluruh negara bagi memenuhi aspirasi negara bagi menaikkan kualiti pendidikan kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

IMG_20190905_215625.jpg

IMG_20190905_221401.jpg

KONVOKESYEN AYUNI

IMG_20190826_005541.jpg

KUALA KUBU – Usaha adalah tangga kejayaan. Untuk mencapai kejayaan, seseorang itu perlu kesabaran, ketekunan dan kegigihan. Setelah 3 tahun di Darul Quran, Kuala Kubu, Selangor, Nurul Ayuni binti Ahadin akhirnya menamatkan pengajiannya di Darul Quran.

Penat lelah selama 3 tahun berakhir dengan kepuasan dan kesyukuran tak terhingga kepada Allah apabila beliau akhirnya menerima Diploma Tahfiz Al Quran dan Qiraat dalam Majlis Konvokesyen Darul Quran pada 23 Julai 2019.

Turut hadir dalam majlis bersejarah itu adalah kedua ibubapa beliau. Semoga kejayaan ini menjadi perintis kepada kejayaan dalam pelbagai bidang selepas ini. Sematkan al Quran di dada dan jadikannya bacaan sepanjang kehidupan. Amal dan sebarkan kepada manusia agar al Quran itu terus mekar dalam hidup.

AHMAD ADIB KE TURKEY

FB_IMG_1531756576082

KAJANG – Perjuangan memburu dan memperdalamkan ilmu agama  tidak ada titik noktahnya. Ahmad Adib bin Ahadin bersama-sama dengan 30 pelajar lain dari seluruh negara bertolak ke Instanbul Turki melalui Tukey Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 11.30 malam pada 3 Julai 2018.

Ahmad Adib akan berada di bumi Turkey tidak kurang dari 3 tahun untuk mendalami pengajian dalam bidang al Quran. Kesemua pelajar yang diterbangkan ke Turkey itu adalah lepasan dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) yang berpusat di Taman Desa Rose, Kajang, Selangor. Mereka adalah pelajar yang terpilih bagi menyambung pelajaran dalam bidang al Quran dari seluruh cawangan MTS di seluruh negara selepas berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al Quran.

Terdahulu daripada itu, pelajar-pelajar berkenaan telah diraikan dalam satu majlis Konvokesyen yang diadakan di Auditorium Seri Cempaka, Presint 3, Putrajaya pada 1 Julai 2018. Konvokesyen tersebut telah dirasmikan oleh Presiden perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail.

Pelajar-pelajar yang terpilih itu ditempatkan di beberapa cawangan utama Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Turkey. Ahmad Adib bersama 4 lagi pelajar lelaki yang lain ditempatkan di Kutahya, Turkey. Pembiayaan pengajian adalah berasaskan kepada sistem wakaf yang telah lama wujud dan diamalkan di Turkey.

Para ibubapa dan keluarga pelajar turut hadir di KLIA bagi meraikan keberangangkatan pelajar-pelajar berkenaan. Semoga impian dan cita-cita untuk memperdalamkan ilmu agama di negara orang akan tercapai dan dipermudahkan Allah.

IMG_20180703_204905.jpg

IMG_20180703_214232.jpg