Arkib Blog

SHAHRUL ZAMAN MENINGGAL DUNIA

PUTRAJAYA – Shahrul Zaman bin Hj. Itam atau lebih dikenali Abang Man, 56, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Presint 9, Putrajaya lebih kurang jam 8.00 pagi pada 24 September 2021 bersamaan 17 Safar 1443H (Jumaat). Almarhum merupakan anak kedua dari 6 bersaudara. Kesihatan almarhum tidak begitu stabil sejak beberapa tahun lalu.

Jenazah dimandi dan disolatkan di Surau bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam, Presint 20, Putrajaya selepas solat asar. Urusan pengkebumian selesai disempurnakan sekitar jam 7.10 petang.

Kedua ibubapa, saudara-saudara kandung dan keluarga terdekat terlibat secara langsung dengan urusan pemandian, solat dan pengkembumian.

Semoga roh almarhum ditempatkan pada sebaik-baik kedudukan di sisi Allah.

SETAHUN SELEPAS ATOK DULMAN MENINGGAL DUNIA

FB_IMG_1531757038376

Kini genap setahun pemergian Atok. Tak terasa waktu berlalu begitu cepat. Atok atau nama penuhnya Hj Dulman bin Ambasan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Keningau pada 28 Jun 2015. Kematiannya ada kaitan dengan faktor umur yang telah lanjut iaitu 83 tahun. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg Penagatan Ulu, Keningau pada keesokan harinya, 29 Jun 2015.

Jenazah disolatkan di Surau ali Imran, Kg Penagatan Ulu Keningau sekitar jam 11.00 pagi dan diimamkan oleh cucunya, Ahadin bin Arinen. Kesihatan Atok mula bermasalah apabila beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat dilanggar kenderaan ketika menyeberangi jalan raya di kawasan Tamu Ground, Keningau pada tahun 2007. Kecederaan agak teruk di bahagian kepala menyebabkan Atok sukar untuk bercakap dengan lancar.

Atok beruntung kerana sempat menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah dengan diiringi cucunya, Ahadin bin Arinen pada tahun 2010. Ketika itu, umur Atok telah mencecah 79 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri bernama Hajah Soniah binti Dumbon dan 5 orang anak, 3 perempuan dan 2 lelaki. Anak lelaki Atok adalah Mohd Jeffrin bin Dulman dan Sazali @ Majali bin Dulman. Anak perempuan pula adalah Rahini binti Dulman, Painah binti Dulman dan Hasni binti Dulman.

Atok berasal dari Daerah Tambunan. Dilahirkan di sebuah desa terletak di antara belahan bukit bukau yang bernama Kg Madsangoh. Kampung ini terletak di sempadan antara Daerah Tambunan dan Ranau. Kawasan sekitarnya berbukit bukau dan cuacanya sejuk. Penghijrahan Atok ke Keningau bermula pada sekitar penghujung tahun 1950-an. Penghijrahan beramai-beramai berlaku akibat wabak penyakit yang melanda sekitar Madsangoh.

Kampung Baginda Keningau menjadi Kampung pertama Atok sebelum berpindah ke Kampung Penagatan Ulu pada penghujung tahun 1960-an. Kini semuanya tinggal kenangan. Bagi anak-anak dan cucu-cucunya, ingatan pada Atok sentiasa segar. Doa keampunan dan keamanan serta kesejahteraan dari perit getir di alam barzakh untuk Atok semestinya perlu dikirimkan secara berterusan dari anak dan cucu-cucu Atok walau di mana mereka berada.

 IMG-20150628-WA0036

IMG-20150628-WA0035

IMG-20150628-WA0032

IMG-20150501-WA0011

IMG-20150629-WA0060

IMG-20150629-WA0028

IMG-20150629-WA0055

IMG-20150629-WA0042

IMG-20150629-WA0051

IMG-20150629-WA0049

IMG-20150629-WA0019

TUA SALAM MENINGGAL DUNIA

IMG-20160402-WA0023

AMPANG |  Akhirnya ketentuan Allah tiba jua. Haji Abdul Salam bin Yusuf yang biasa dipanggil di kalangan keluarga sebagai Tua Salam menghembuskan nafas terakhir di kediaman anak sulungnya, Mohd Zain bin Abdul Salam di Ukays Perdana, Ampang sekitar jam 10.40am pada 28hb Febuari 2016.

IMG-20160207-WA0025

IMG-20160207-WA0027

Tua Salam dikurniakan umur yang agak panjang. Umurnya 88 tahun ketika meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di tanah perkuburan orang Islam di Seksyen 21, Shah Alam pada hari yang sama dengan kematiannya.

IMG-20200125-WA0114.jpg

IMG-20160229-WA0014

IMG-20160229-WA0011

Beliau meninggalkan seramai 4 orang anak. Kebanyakan anaknya menetap di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Lahad Datu, Sabah. Sebahagian besar masa beliau adalah di Lahad Datu Sabah, daerah kelahiran beliau.

Semasa zaman penjajahan Jepun, beliau yang ketika itu berumur dalam belasan tahun telah dihantar oleh pihak Jepun ke Kuching, Sarawak untuk mempelajari dan menguasai bahasa Jepun. Ketika mudanya, beliau juga aktif dalam acara sukan melontar lembing di peringkat Negeri Sabah. Antara sahabat rapatnya pada zaman mudanya adalah arwah Petail, ayah kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Petail.

Pada penghujung usianya, beliau banyak beribadah kepada Allah. Selain rajin menunaikan solat di Masjid dan membaca al Quran, beliau juga rajin membaca buku-buku agama dan selalu berbincang hal ehwal agama. Beliau juga melazimkan zikir kepada Allah di mana saja beliau berada. Antara pesanan terakhir beliau kepada anak-anaknya adalah wajibnya menjaga solat lima waktu. Beliau turut memesankan agar ingatan ini dipanjangkan kepada anak cucunya.

IMG-20160402-WA0022

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada keluarga serta kenalan beliau. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang mendapat kebahagian di hari akhirat kelak.