Arkib Blog

KISAH HIDUP HJ MOHD YUSSUF HJ YASSIN

Mengetahui asal usul orang tua kita adalah satu keperluan. Sejarah hidup dilatari zaman kanak-kanak, zaman remaja, dewasa dan tua tentunya dizahirkan untuk melengkapi sejarah hidup seseorang.  Ia dapat diketahui melalui penceritaan orang-orang yang terdekat dengan kita seperti ibu bapa, datuk, nenek, pakcik, makcik dan rakan-rakan terdekat orang tua kita. Lebih baik ditulis dan dibukukan agar tidak hilang dalam ingatan. Generasi demi generasi akan berpeluang mengetahui latar belakang diri dan keluarganya. Pengetahuan ini penting untuk menyegarkan ingatan dan kasih sayang kita kepada orang tua dan datuk moyang kita. Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini.

Melalui tulisan sejarah hidup, dapatlah kita mengetahui dan menghargai segala pahit manis dan pengorbanan mereka ketika hayat mereka. Sekurang-kurangnya, dapatlah timbul rasa syukur kepada Allah atas nikmat yang kita kecapi sekarang.

Rentetan itu, satu tulisan mengenai kisah hidup Haji Mohd Yussuf bin Haji Yassin telah diusahakan oleh Ahadin bin Arinen pada tahun 2008 sehingga 2009. Tulisan dibuat berdasarkan kepada penceritaan langsung anak kandung kepada Almarhum Hj Mohd Yussuf iaitu Haji Adenan bin Hj Mohd Yussuf kepada penulis pada tahun 2008. Merasakan ianya penting, penulis terus membuat catatan tersebut ke dalam komputer ribanya. Penulisan dilakukan dari masa ke semasa mengikut kelapangan penulis dan Hj Adenan Mohd Yussuf yang juga merupakan ayah mertua penulis.

Masih banyak kekurangan catatan ini. Penambah baikan masih terbuka agar segala fakta dan susunan penulisannya dapat dimantapkan. Semoga usaha ini membawa manfaat kepada sesiapa jua yang membacanya, khususnya kepada keluarga dan keturunan Haji Mohd Yussuf bin Hj Yassin. Semoga ianya menjadi sebahagian dari ilmu yang bermanfaat dan dikira sebagai amal soleh yang hasilnya dapat dipetik di akhirat kelak.

Tulisan dibuat dalam bentuk PDF. Dengan penuh sukacita, anda dipersilakan membacanya dengan hanya KLIK KISAH HIDUP MOHD YUSUF MOHD YASSIN 

IMG-20160623-WA0021

(Gambar kenangan untuk diabadikan buat cucu cicit yang diambil 7.1.1961. Berdiri dari kiri Adenan Mohd Yussuf, Abdul Salam Mohd Yussuf (Tua Salam), Tua Ahmad, Safar Mohd Yussuf dan Elham Mohd Yussuf (Pak Usu).)

(Duduk dari kiri Ngetemih Mohd Yussuf, Hj Mohd Yussuf Hj Yassin, Zulkifly Ahmad (Abang Long) dan Sumilah Mohd Yussuf)

CAHAYA MATA 12 RAMADHAN

KOTA KINABALU – Tahniah kepada pasangan bertuah Nurlaila Ahmad Zaini dan suaminya Umri Umar Sidik atas kelahiran cahaya mata penyeri hidup tepat jam 2.49 pagi pada hari ini 12 Ramadhan 1437 (Jumaat) bersamaan 17 Jun 2016. Anak perempuan bertuah seberat 3.65kg itu dilahirkan di Hospital Queen Elizebth Likas, Kota Kinabalu. Nama diberi adalah Nur Umairah. Sebagai tanda kesyukuran dan rasa gembira, berikut adalah luahan kegembiraan seorang ayah kepada ahli keluarga yang dihantar melalui aplikasi whatapps pagi tadi.

Alhamdulillah segala puji dan syukur kehadrat Allah subhaanahu wataala kerana pada hari ini 12 Ramadhan 1437 Hijrah bersamaan 17 June 2016 masehi isteri saya Nurlaila Ahmad Zaini telah selamat melahirkan seorang puteri cahayamata yang sungguh cantik dan menawan amanah Allah dari syurganya pada jam 02.49 pagi dengan berat 3650 Gram (3.65 kg)😅 dalam keadaan sihat walafiat…Terimakasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan segala kebaikan untuk kami semoga kami dapat memikul amanah Allah ini menjadi anak yang solehah keluarga mawaddah warahmah fiddunyya til jannah…amiin..amiin..Allahumma amiin ya robbal aalamiin.👶🏻👪😍🌹🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺🌹

IMG-20160617-WA0012

IMG-20160617-WA0014

IMG-20160617-WA0013

TASKA JANNAH AWLAD

BANGI | Majlis bacaan doa selamat dan kesyukuran sempena pembukaan Taska Jannah Awlad (TJA) berjalan lancar pada 2hb Mei 2016. Tepat jam 3.30pm, bacaan doa dan ucapan ringkas dari wakil keluarga pengusaha taska, Saudara Ahadin bin Arinen bermula. Turut hadir adalah keluarga terdekat dan juga ibubapa kepada anak-anak yang dihantar ke taska berkenaan.

IMG-20160502-WA0044

Puan Nurjannah bte Adenan yang juga pengusaha taska tersebut berkata, operasi taska ini bermula pada awal bulan April 2016.  Pengasuh yang bertugas adalah mencukupi dan berkelayakan. Ketika ini, terdapat seramai 12 kanak-kanak yang dihantar secara tetap di taska ini. Operasi pula dibuka dari jam 7.00am hingga 7.00pm pada hari bekerja dari hari isnin hingga jumaat.

20160502_124250

Menariknya, taska ini terletak di lokasi yang strategik. Selain terletak di kawasan perumahan, jarak dengan bangunan kedai yang mempunyai kemudahan klinik dan restoran makanan orang Islam juga adalah dekat dan boleh didatangi dengan bejalan kaki.

20160502_115552.jpg

Alamat penuh taska ini adalah NO. 22A, JALAN KAJANG IMPIAN 2/2, TAMAN KAJANG IMPIAN, SEKSYEN 7, 43650, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR. Sebarang urusan dan pertanyaan pula boleh dikemukakan terus kepada Puan Nurjannah di talian 0168101484. Perkembangan dan aktiviti terkini anjuran taska ini boleh diikuti dalam facebook atas nama Taska Jannah Awlad.