Arkib Blog

MELANGKAH KE DARUL QURAN JAKIM

20160503_083312

KUALA KUBU BAHRU | Alhamdulillah. Segala pujian untuk Allah, Pemilik seluruh alam. Seramai 250 pelajar baru mendaftar dan menjadi penghuni secara rasmi Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Pendaftaran bagi Diploma Tahfiz al Quran pada 3hb Mei 2016 bagi sesi 2016/2019 untuk tempoh 3 tahun itu bermula pada 8.30am. Seramai 250 pelajar diterima masuk dalam program ini. Mereka datang dari dalam dan luar negara. Antara pelajar luar negara adalah datang dari Thailand dan Brunei.

20160503_083510

IMG-20160503-WA0018

20160503_130447

Selepas sesi pendaftaran selesai, para pelajar bersama ibubapa dan keluarga dihimpunkan dalam Dewan Muktamar Darul Quran Jakim untuk majlis sambutan siswa-siswi baru. Majlis disempurnakan oleh Dato’Haji Razali bin Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Insan, mewakili Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Permohonan dari dalam dan luar negara untuk memasuki Darul Quran ini amat menggalakkan. Antara permohonan dari luar negara adalah datang dari USA, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Brunei, Thailand dan lain-lain lagi.

20160503_142600

20160503_141754

Bagi pengambilan untuk sesi 2016, sebanyak 3,469 permohonan diterima. Bagaimanapun, daripada 1,300 pemohon yang dipanggil untuk temuduga, hanya 250 pelajar sahaja yang diterima masuk. 150 adalah lelaki dan 100 adalah perempuan.

20160503_124918

20160503_112816

Institusi tahfiz ini sudah melahirkan seramai 5942 orang hafiz al Quran sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1966. Tahun ini, genaplah 50 tahun umur penubuhan Darul Quran ini. Apa yang membanggakan adalah, Darul quran telah melahirkan graduan hafiz al Quran yang akhirnya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, guaman, pendidikan, kedoktoran dan lain-lain lagi. Menurut Dato’Haji Razali bin Shaharuddin, lebih kurang 40 doktor perubatan di negara ini adalah bekas pelajar Tahfiz dari Darul Quran ini.

Selain menawarkan program Diploma Tahfiz al Quran, Darul Quran ini juga menawarkan program Sijil Tahfiz al Quran bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur kurang 21 tahun.

Uniknya, kesemua pelajar di Darul Quran diberi kemudahan tinggal di asrama dalam kampus tersebut. Bagi pelajar Program Diploma Tahfiz al Quran, biasiswa sebanyak RM450 diberikan setiap bulan. Kedudukan lokasi Darul Quran JAKIM ini amat strategik. Jauh dari kesibukan kota metripolitan, kewujudan tasik yang luas berhadapan dengan Masjid Darul Quran di samping dikelilingi tumbuhan yang  menghijau dari bukit bukau sesungguhnya amat sesuai untuk proses pembelajaran khususnya menghafal al Quran. Suasana yang damai dan harmoni dengan suhu sejuk dan udara nyaman benar-benar mempersonakan sesiapa sahaja yang datang ke sini. Tidak hairanlah mengapa Darul Quran ini saban hari menerima kunjungan pelancung yang datang dari pelbagai negara semata-mata ingin melihat dan seterusnya mengambil gambar pemandangan yang indah di sini.

IMG-20160503-WA0034

Sesi penyerahan pelajar kepada Darul Quran oleh ibubapa adalah antara suasana menarik dan mengujakan. Majlis tersebut berakhir dengan sesi makan tengahari dan solat zohor.

TAWARAN KE DARUL QURAN

IMG-20160406-WA0010TAWAU | Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah. Akhirnya penantian penuh debaran berakhir jua. Permohonan Nurul Ayuni bte Ahadin untuk mengikuti Pengajian Diploma Tahfiz al Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Bahru, Selangor diluluskan. Keputusan yang perolehi melalui online di Laman Web rasmi Darul Quran JAKIM itu dikeluarkan pada 22 April 2016. Terdahulu, Ayuni bersama beberapa lagi rakannya dari Tawau menghadiri temuduga di Sandakan pada 6 April 2016. Temuduga yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Tun Juhar itu dikendalikan oleh pegawai-pegawai JAKIM dari Putrajaya. Calon-calon pelajar yang berjaya diterima akan mendaftar pengajian bagi tempoh 3 tahun pada 3 Mei 2016. Semoga Ayuni berjaya dengan cemerlang dalam pengajian tersebut.